Perasaan hatiku pada hari ini terlalu bergelora. Ia bagaikan ombak yang menghempas pantai dengan ganasnya. Sukar untukkku menafsirkan apa yang terbuku ini. Sebagai permulaannya aku ingin bercerita mengenai keselamatan di jalan raya.
Terlalu banyak kemalangan yang berlaku kebelakangan ini, sehingga aku merasakan perkara ini menjadi seperti di luar kawalan. Memang malang tidak berbau dan tiada sesiapa pun tahu bila dan mengapa ianya berlaku bahkan tiada sesiapa pun inginkan ia terjadi. Tetapi di sebalik hakikat ini, terlalu banyak juga mereka yang memandu tanpa memikirkan bahawa bukan dia seorang sahaja yang memandu di atas jalan raya.
Selagi insiden tidak menimpa dirinya maka dia pastinya bermaharajalela. Memang orang yang seperti ini tidak mempedulikan orang lain dan amat mementingkan diri terutama yang membawa kenderaan yang lebih besar dari orang lain. Kekadang terfikir di benak ku, alangkah baiknya jika kita mengikuti negara Cina dimana penggunaan basikal diutamakan. Alangkah baiknya jika kita dapat hidup seperti dahulukala dimana kurang kenderaan di atas jalanraya. Tetapi siapakah yang sanggup hanya berjalan kaki dan berbasikal pada zaman ini? Manusia sudah dipenuhi dengan gaya hidup yang terlalu senang dan menjadi semakin malas. Kebanyakkan perkara hendak dilakukan dengan cara yang pantas dan cepat sehingga ramai yang mencari-cari jalan pintas.
Ini membuatkan aku terfikir mengenai satu kata-kata....carilah jalan hidup yang penuh berliku dan ranjau, nikmatilah perjalanan itu dan belajarlah perkara baru dalam perjalananmu....hindarilah jalan yang lurus dan lebar kerana kamu akan menjadi lalai dan alpa sehingga di akhirnya kamu tidak mempelari apa-apa bahkan keburukkan dan kebinasaan.....
No comments:
Post a Comment