Monday, April 30, 2012

Jom ketawa

HUJAN
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.


PENAGIH GANJA

Omar dan Bakar ialah dua sahabat yang kuat ketagih ganja,
Sabtu lalu telah ditangkap Polis dan dimasukkkan dua malam ke dalam Jel, akhirnya
hari Isnin mereka dibawa ke mahkamah.

Hakim melihat dua anak muda harapan bangsa yang hanyut dalam pergaulan.

"Kamu masih muda sudah menagih ganja... besar nanti nak jadi apa?" tanya Hakim sinis.

"Maafkan kami... kami cuma ikut kawan2 saja..." kata si Omar.

"Iya yang Ariff... kami janji tak kan buat lagi..." tambah Bakar.

Hakim tersentuh bila membayangkan anaknya yang seusia mereka.
Setelah berpikir sejenak, Hakim lalu mengambil keputusan.

"Baiklah... kali ini saya lepaskan kamu... tapi dengan satu syarat... kamu dikehendaki
memujuk teman2 yang sama menagih supaya berhenti dalam masa seminggu ini...
Isnin depan kamu mesti kemari untuk beri laporan."

Seminggu kemudian...

"Omar... bagaimana dengan hasil kerja Anda...?"

"Lapor Yang Arif... seminggu ini saya berhasil memujuk teman2 saya sebanyak 17 orang...
untuk berhenti menagih ganja..."

"17 orang???" tanya Hakim... "Bagus, hebat... bagaimana caranya??"

"Begini Yang Arif... saya buat dua bulatan... satu besar dan satu kecil...;
Lalu saya jelaskan bulatan yang besar itu adalah otak sebelum mereka menagih...
sedang yang kecil itu otak setelah mereka menagih..."

"Bagus... bagus..." kata Hakim senang... "jadi Saudara Bakar...?"

"Saya berjaya memujuk 156 teman saya yang arif..."

"156???" tanya Hakim terperanjat... "Bagaimana caranya ???"

"Sama... Yang Arif... saya juga lukis dua bulatan.. satu besar... satu lagi kecil..."

"lagi...?" tanya Hakim...

"Saya cakap... yang kecil ini lubang punggung sebelum masuk Jel...
dan yang besar selepas masuk Jel...."

LAWAK

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.
Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.

"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...
"Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan
melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,

"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"

Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.
Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua
pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..

"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...
"Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

WASIAT

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

"isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya
kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu.."


Tulis Surat

Seorang misi di sebuah hospital sakit jiwa melihat salah seorang pesakitnya sedang menulis surat.

" Kau menulis surat untuk siapa? " tanya misi itu.

" Saya menulis surat untuk diri saya sendiri, " jawab si pesakit jiwa tenang..

" Jadi.. apa yang kau tulis? " tanyanya lagi.

" Mana saya tau? " jawab si pesakit.
" Saya kan hanya akan menerimanya pagi esok...!!"

Saturday, April 28, 2012

Fakta tentang ketawa

Tahukah anda manfaat dan fakta unik disebalik tertawa?
Berikut fakta-fakta di sebalik tertawa:

  1. Bayi tidak boleh tertawa sehinggalah mereka mencapai usia tiga bulan
  2. Tertawa selama 10-15 minit dipercayai boleh membakar banyak kalori dalam badan
  3. Tertawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kecepatan 60 mph
  4. Ada 17 otot wajah yang digunakan untuk tersenyum, sedangkan mengerutkan kening menggunakan 47 otot wajah
  5. Seseorang yang sering tertawa bahagia memiliki risiko penyakit jantung 40 persen lebih rendah dibanding orang yang murung
  6. Percayakah anda, ada tanaman yang disebut bunga tawa. Apabila melihatnya anda akan tertawa seperti orang gila selama setengah jam
  7. Tertawa 17 minit per hari dipercayai memanjangkan jangka hidup selama satu hari
  8. Rata-rata anak berusia enam tahun tertawa 300 kali sehari. Ketika kita tumbuh tua kita tersenyum dan tertawa hanya 15 kali sehari.
  9. Baik untuk perut, jika Anda tertawa selama satu jam tanpa henti.

Friday, April 27, 2012

Bahasa Inggeris

 Sesuatu untuk dikongsikan bersama.....Gambar-gambar ini saya terima dari kawan saya yang dihantar melalui email.















About heart

Saya menjumpai gambar ini ketika melayari internet baru-baru ini. Saya harap ianya dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada kita semua.

Thursday, April 26, 2012

Sarawak 10 cents

Saya tidak pernah tahu duit ini wujud sehingga lah baru-baru ini rakan Facebook berkongsi dengan saya. Memang unik dan menarik.Duit yang digunakan di Sarawak pada sekitar tahun 1940. Kalau lah saya dapat menjadikan ianya antara koleksi saya.

Tapak kaki kita

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan.

Gambar menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

Tuhan telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

Thursday, April 19, 2012

Hello dunia

Perasaan hatiku pada hari ini terlalu bergelora. Ia bagaikan ombak yang menghempas pantai dengan ganasnya. Sukar untukkku menafsirkan apa yang terbuku ini. Sebagai permulaannya aku ingin bercerita mengenai keselamatan di jalan raya.

Terlalu banyak kemalangan yang berlaku kebelakangan ini, sehingga aku merasakan perkara ini menjadi seperti di luar kawalan. Memang malang tidak berbau dan tiada sesiapa pun tahu bila dan mengapa ianya berlaku bahkan tiada sesiapa pun inginkan ia terjadi. Tetapi di sebalik hakikat ini, terlalu banyak juga mereka yang memandu tanpa memikirkan bahawa bukan dia seorang sahaja yang memandu di atas jalan raya.

Selagi insiden tidak menimpa dirinya maka dia pastinya bermaharajalela. Memang orang yang seperti ini tidak mempedulikan orang lain dan amat mementingkan diri terutama yang membawa kenderaan yang lebih besar dari orang lain. Kekadang terfikir di benak ku, alangkah baiknya jika kita mengikuti negara Cina dimana penggunaan basikal diutamakan. Alangkah baiknya jika kita dapat hidup seperti dahulukala dimana kurang kenderaan di atas jalanraya. Tetapi siapakah yang sanggup hanya berjalan kaki dan berbasikal pada zaman ini? Manusia sudah dipenuhi dengan gaya hidup yang terlalu senang dan menjadi semakin malas. Kebanyakkan perkara hendak dilakukan dengan cara yang pantas dan cepat sehingga ramai yang mencari-cari jalan pintas.

Ini membuatkan aku terfikir mengenai satu kata-kata....carilah jalan hidup yang penuh berliku dan ranjau, nikmatilah perjalanan itu dan belajarlah perkara baru dalam perjalananmu....hindarilah jalan yang lurus dan lebar kerana kamu akan menjadi lalai dan alpa sehingga di akhirnya kamu tidak mempelari apa-apa bahkan keburukkan dan kebinasaan.....